01 February 2011 ~ 2 Comments

PENJELASAN MENGENAI KEMUNCULAN IMAM MAHDI

1. Imam Mahdi lahir pada tahun 1259H di sebuah Negara Timur Jauh

2. Namanya Muhammad Bin Abdullah dan Ibunya bernama Aminah

3. Beliau berketurunan Rasulullah saw dari Saidina Hassan ra dari sebelah ibu dan Saidina Hussin ra dari sebelah bapa

4. Apabila cukup umur beliau berkahwin dan kemudiannya beliau telah bermusafir ke Mekah untuk belajar ilmu agama

5. Beberapa tahun kemudian Isterinya ikut menyertainya di Mekah

6. Beliau mengembara ke seluruh Tanah Arab mencari guru mursyid

7. Setelah 12 tahun menetap di Tanah Arab beliau kembali ke Tanah airnya. Namun akhirnya beliau memilih sebuah Negara Timur jauh [Negara pertemuan tiga laut] sebagai tapak perjuangannya

8. Beliau menghadapi pelbagai cubaan dan rintangan sepanjang perjuangan

9. Beliau merupakan seorang wali Allah yang diberi pelbagai karamah

10. Murid-muridnya melihat ciri-ciri Imam Mahdi yang disebutkan hadis-hadis Cuma satu ciri sahaja yang tidak sempurna iaitu mentadbir daulah Islam

11. Beliau dilantik menjadi Imam Mahdi melalui perjumpaan dengan Roh Rasulullah saw secara yaqazah di Mekah dan juga sekali lagi dilantik melalui mesyuarat para wali di Majlis wali-wali

12. Imam Mahdi ghaib pada 1925M ketika berusia 84 Tahun. Beliau cuba dibunuh Yahudi apabila Yahudi mendapat hidu perjuangannya lantas beliau melakukan helah berpura-pura mati padahal hanya ghaib tinggal di alam malakut

13. Ghaibnya Imam Mahdi setelah merancang kelahiran Pemuda Bani Tamim dibawah pantauan Roh Rasulullah saw

13. Pemuda Bani Tamim lahir pada 1937 M

14. Pemuda Bani Tamim menerima ajaran Imam Mahdi walaupun keadaan sukar dan berat melalui wakil Imam Mahdi

15. Namanya yang sebenar bukan Syuaib bin Saleh seperti yang disangka-sangka [Syuaib Bin Saleh adalah namanya di kalangan penduduk langit]

16. Beliau meneruskan perjuangan Imam Mahdi dengan memperkenalkan Islam sebagai cara hidup Islam yang syumul ketika berusia 20 tahun namun. Beliau menceburkan diri dengan perjuangan jemaah tarekat sejak usia 30 tahun

17. Semasa dakwahnya berkembang di luar Negara, beliau telah menemui beberapa syeikh tarekat yang mengkhabarkan bahawa dia adalah Pemuda Bani Tamim. Di samping itu beliau juga telah berjumpa Imam Mahdi dan Roh Rasulullah saw secara yaqazah yang mengisytihar dirinya adalah Pemuda Bani Tamim

18. Beliau kembali ke negaranya dan mengisytiharkan dirinya pemuda Bani Tamim.

19. Kerajaan negaranya mengunakan ulama-ulama untuk menfatwakan ajaran yang dibawanya sesat. Jemaah yang ditubuhkannya diharamkan dan semua aset-aset jemaah dirampas

20. Beliau dipenjara selama 10 tahun namun beliau Berjaya menubuhkan jemaahnya kembali dengan nama baru bahkan beliau dapat membina sebuah Bandar Islam di negaranya

21. Musuh-musuhnya berusaha menghancurkan jemaah yang baru dibangunkannya namun semua usaha gagal

22. Beliau diuji dengan sakit selama 7 tahun yang sebenarnya disihir Yahudi

23. Pada 1 muharram 1431 Hijrah kunci dunia telah diserahkan kepadanya oleh Roh Rasulullah saw

24. Mesyuarat majlis wali-wali menasihatkan supaya beliau menggunakan kaedah berpura-pura mati sekiranya hendak ghaib.

25. Beliau telah membuat perjanjian dengan salah seorang wali Allah untuk peristiwa ‘kematian’ tersebut

26. pada hari beliau mahu dibunuh secara sihir oleh Yahudi maka ghaiblah pemuda Bani Tamim. Yahudi menyangka dia telah wafat

27. Ghaibnya beliau adalah untuk mengiringi Imam Mahdi zahir di bawah pantauan Roh Rasulullah saw.

28. Pentingnya Pemuda Bani Tamim di sisi Imam Mahdi adalah ibarat pentingnya Saidina Abu Bakar disisi Rasulullah saw.

29. Pada jumaat hari terakhir musim Haji 1431 H maka Imam Mahdi pun zahir kembali setelah 85 tahun ghaib diiringi Pemuda Bani Tamim. Masing-masing muncul dalam fizikal lebih muda iaitu berwajah pemuda 40-an

Dicatat oleh Mohammad Sobree Al-Qahtani di 06:41

2 Responses

  1. Ira Arizola 4 March 2011 2:24 pm Permalink

    I don’t normally comment on blogs.. But nice post! I just bookmarked your site

  2. Earl Countryman 16 March 2011 4:46 pm Permalink

    Love this!


Leave a Reply